Monday, March 14, 2011

sELAmat pENdek um0..

"Nakpa nama tajuk post dr.ikha tg pelik2 jk ya??" 

Hahaha... Even me myself feels it is weird.. I found an article from blog of my idol, Dr Aisah *kakak ipar syerah* Dis is wad i can conclude or should i say i just copied n pasted from the article..


"Selamat Pendek Umur.. Semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu. Semakin hari semakin pendeklah umur kita. Hari ini setapak lagi kita dekat dengan kematian.  


Bila hari lahir orang bercakap tentang hidup. Tentang kejayaan. Tentang pencapaian. Sekarang kita bercakap tentang kematian pula. Siapa yang tidak bercakap tentang mati akan ‘mati’. Hukama berkata, barangsiapa yang tidak tahu untuk apa dia akan mati, maka dia tidak layak hidup! Umur hanyalah putaran surya, purnama dan buana yang dilakarkan oleh jarum jam, minit dan saat sebuah arlogi. 


Imam Nawawi, pendek umurnya tetapi ‘panjang’ ilmu dan abadi jasanya. Imam Safie, Imam Ghazali… tidak sempat pencen istilah orang sekarang, namun impak perjuangannya melangkaui dekad dan abad. Umar ibn Aziz memerintah hanya kurang lebih 2 tahun sahaja tetapi keunggulannya mengatasi khalifah Umayyah sebelum dan selepasnya.


Petua nak panjangkan umur ialah dengan panjangkan amal, panjangkan ilmu, panjangkan jasa Harta boleh panjangkan umur… sedekah atau wakafkan, jadilah amal jariah. Pahalanya berterusan. Akhlak boleh panjangkan umur… hubungi silahturrahim, panjanglah umur kita. 


Apakah rahsia kejayaan orang-orang yang ‘panjang’ umur itu? 
Mereka tahu tujuan hidup, mereka tahu tujuan mati. Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan. 
Dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang punya tujuan. When there is wiill, the is a way 


Setiap kita adalah unik. Tuhan tidak ciptakan manusia bodoh, tetapi Dia mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza. Seorang pemandu lebih bijak daripada seorang profesor dari segi pemanduan kereta. 
Orang berilmu memang dilebihkan beberapa derjat… tapi dengan syarat, mereka takutkan Allah. 


Selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silahturrahim, selamat menambahkan sedekah, selamat menambahkan rasa takut kepada Allah."

To read da full version of dis article, u can click here. Enjoy!!


Salam...
*Selamat pndek umor n slmat pnjg umor dr.ikha, InsyaAllah..=)*

No comments:

Post a Comment