"Lecture theatre kami saaaaaaangat sejukkk! Menggeletar dalam tu.. tangan beku, otak pun keraih.."
Tersenyum malu, Nazihah menyerahkan sebungkus hadiah buat insan yang disayanginya kerana Allah.
"Lepas ni, InsyaAllah Saleha tak sejuk dah dalam lecture theatre, bawak jaket ni tau! Study elok-elok.."
Putih..
Jaket putih..
Cantik bersih, senang nak padankan dengan mana-mana warna baju, tudung atau kasut..
Tapi penjagaan agak sukar, banyak yang perlu di ambil kira..
Tak boleh kena debu, so kena simpan dalam almari kalau tak pakai, nanti kotor
Kalau terkena sos, kicap atau kuah, cepat-cepat kena bersihkan, nanti susah nak hilang
Kalau nak cuci, tak boleh campur dengan kain batik pelbagai warna, nanti tak putih dah..
Hadiah orang kasi kan, so kena jaga betul-betul..
* * * * *
Sayangnya..
Tak ramai yang sedar ada hadiah yang lebih putih
Yang lebih perlu penjagaan yang rapi
Ramai yang buat tak endah tentang hadiah itu
Dibiarkan kotor dengan bintik-bintik hitam dosa
Bila bintik semakin banyak, tiada yang kesah untuk 'membersihkannya'
Bahkan, seakan-akan sengaja 'menumpahkan sos, kicap atau kuah' keatasnya..
Hadiah itu dibiarkan bergelumang bersama-sama 'baju, kain batik, alas meja warna warni dalam washing machine', hingga keluarnya nanti dah tiada warna yang asal
Hadiah itu, Allah yang kasi
Hadiah itu, hati
Tapi tak pernah nak jaga elok-elok
Dosa-dosa makin menghitam
Dahi makin sukar untuk sujud mohon pengampunan
Buat dosa seolah-olah perkara biasa
Pergaulan tak terjaga
Hingga akhirnya kita menjadi jahil
Astagfirullah :'(
“Ketahuilah bahwa pada jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah itu adalah hati”
(Shahih Bukhari)
Salam..